Thursday, March 1, 2012

HATI DAN PERASAAN



Mungkin Tuhan sengaja
Mahu kita berjumpa
Dengan orang yang salah
Sebelum menemui insan yang betul
Supaya apabila kita menemui insan itu
Kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur
Dengan nikmat pemberian
Dan hikmah di sebalik pemberian itu

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup
Yang lain akan terbuka
Tetapi lazimnya kita akan memandang
Pintu yang telah tertutup itu terlalu lama
Hinggakan kita tidak nampak pintu lain
Yang dibukakan untuk kita

Kawan yang paling baik ialah seseorang
Yang anda boleh duduk di dalam buaian
Berbuai bersama tanpa berkata apa-apa
Dan kemudian pulang dengan perasaan
Itulah perbuatan yang paling hebat yang pernah dialami

Memang benar kita tidak akan tahu
Apa yang telah kita punyai
Sehinggalah kita kehilangannya
Dan juga benar kita tidak akan tahu
Apa yang kita rindukan hinggakan ‘ia’ datang

Memberi seseorang seluruh cinta
Bukanlah satu kepastian
Dia akan menyintai anda kembali
Jangan harapkan cinta sebagai balasan
Nantikan sahaja ianya mekar di hati mereka
Tapi sekiranya tidak, pastikanlah
Ia terus mekar di hati anda

Ia cuma mengambil masa
Seminit untuk jatuh hati
Satu jam untuk menyukai
Satu hari untuk menyintai
Tetapi…

Ia mengambil masa sepanjang hidup
Untuk melupakan seseorang
Jangan pandang pada kecantikan
Kerana boleh jadi ianya palsu
Jangan kejar kemewahan kerana ia akan susut
Carilah seseorang yang boleh
Membuatkan anda tersenyum
Kerana ia hanya memerlukan sekuntum senyuman
Untuk mencerahkan hari yang suram

Akan tiba satu ketika dalam kehidupan
Apabila anda teramat rindukan seseorang
Sehinggakan anda ingin menggapainya dalam mimpi
Dan memeluknya yang sebenar

Mimpilah apa yang anda ingin mimpikan
Pergilah ke mana-mana yang anda ingin tuju
Jadilah apa yang anda inginkan
Kerana anda hanya memiliki
Satu kehidupan dan satu peluang
Untuk melakukan apa yang ingin anda lakukan

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup
Untuk membuatkan diri anda menarik
Percubaan yang cukup untuk membuatkan diri anda kuat
Kesedihan yang cukup untuk memastikan anda alah insan
Dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia

Kebahagiaan seseorang manusia bukanlah
Dengan memiliki segala yang terbaik
Mereka membuat segala yang terbaik
Didalam kehidupan mereka

Kebahagiaan terletak kepada
Mereka yang menangis, mereka yang terluka
Mereka yang telah mencari dan mencuba
Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan
Kehidupan lalu yang telah dilupakan
Kehidupan yang sempurna tidak boleh diteruskan
Sehingga kegagalan dan kekecewaan masa silam dilupakan

Semasa kita dilahirkan
Kita menangis dan orang di sekeliling kita tersenyum
Biarlah apabila kita ‘pergi’ nanti
Kita tersenyum dan orang di sekeliling kita menangis