Monday, July 22, 2013

PUASA

Assalamualaikum~

Entry kali ni aku nak sharing pasal isu kat kuliah subuh tadi. Isu pasal puasa.
Ustaz yang kasi ceramah tu pun best! hehe
now, da ramadhan y ke-13 , hanya ada beberapa lagi je hari kita berpuasa. umm sedihnyaa :"(
Okay, let's go back to our topic.
Asal yang kita tahu, puasa di bulan Ramadhan ni WAJIB. Memang kita dituntut dan wajib melakukannya.
Ada hamba Allah kat masjid tadi tanya.
"Ustaz, kalau bapa kita dah meninggal dan dia belum habis menganti puasa Ramadhannya, adakah kita sebagai anak, wajib menggantikan puasa untuknya?"
...
Ustaz jawab "WAJIB kita sebagai anak, mengganti puasa bapa kita, atau ibu kita sekiranya kita tahu mereka belum habis mengganti puasa Ramadhan. Kalau tak, tergantung camtu je. Benda Wajib tak boleh dibuat main main"
...
Waallahualam~

Wednesday, July 10, 2013

ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH ALHAMDULILLAH

First of all, aku bersyukur sangat sangat. 
Harini da boleh cek UPU. Banyak sgt trima call daripada kawan2 kat matrik dulu. 
share share info. Diorang pon cemerlang. Alhamdulillah :)
Alhamdulillah aku dapat USIM.
Memang tu pun yang aku impikan. Berkaitan dengan course, memang cukup bertepatan dengan hati ni.
Allah tak pernah menghampakan hambaNya. 
 Even tak dapat satu U dengan my bestfriend pun. Takpela, Allah tau apa yang terbaik. *Redha*

#moodHEPY

Sunday, July 7, 2013

Bismillahirrahmanirrahim :)


19 Hadis Rasulullah SAW mengenai wanita

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api  neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu. 

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."








Thursday, July 4, 2013

NEW LIFE NEW CHAPTER NEW ME :)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak update blog ne. Sekian lama dah tak update.
Refer to my title just now, "new life new chapter new me" , I'm just telling that I'll try start my new life to be a BETTER MUSLIMAH. Memang  tak semudah yang disebut tapi InsyaAllah ana akan cuba y terbaik demi Allah Taala. Actually, semua orang dah tau, bila kita nak berubah ne terlalu banyak dugaan. Tapi tu semuanya bukti Allah cinta pada hambanya. InsyaAllah, Ana akan cuba. Jazakallahu Khairan kathirann :)