Thursday, October 3, 2013

Oficially

Assalamualaikum.Alhamdulillah, Allah beri aku kesempatan utk tulis entry ni. Alhamdulillah.
 Now, i officially become a degree student at USIM ( Universiti Sains Islam Malaysia), Nilai, Negeri Sembilan.

Sekarang da masok 4 minggu aku bergelar pelajar n stay kat USIM. Masa minggu pertama tu, actually takda la penat sangat.Biasa la orientasi kan. Hehe. Next, bila da masok minggu ke-2 tu, baru la start class, kuliah n sebagainya. Now, I can feel the hecticness of university student life. Teramat letih, penat n macam2 lagi. Masa minggu ke-3 tu USIM ada organize satu event besar, yang diberi nama "HAWA Convention". Only for women! byarannya RM90 je. So, aku join la sebab ada macam2 event yang bermanfaat untuk perempuan yang bergelar "Muslimah" spnjang program yang selama 2 hari tu. For sure la aku dapat macam2 input kat situ, tak kira la dari segi Fiqh wanita, Isu poligami n so on. Alhamdulillah.

Next, cakap pulak pasal Tanggungjawab. Yes! Tanggungjawab aku kat sini untuk berjihad n belajar. But, ada tanggungjawab lain yang aku kena pikul. Agak terbeban sebab aku tahun 1, tapi aku cuba. Sebab rakan2 da amanahkan aku untuk pegang jawatan "Pengerusi" tu. Walaupun pengerusi kelab koko, tapi agak berat. Nama koko tu "Transformasi Kepimpinan Mahasiswa Muda". Universiti amatlah berbeza kalau nak dibandingkan dengan sekolah atau matrik. Kokurikulum kat universiti ni akan mlibatkan CGPA aku nanti. So, aku kena buat betul2, pegang amanah n tanggungjawab betul2 supaya aku tak hampakan diri aku n rakan2 yang lain. InsyaAllah, May Allah Ease everythings. Aaminn ya rabbal alamin. Plus, aku diberi lagi kepercayaan utntuk menyandang jawatan sbagai "Setiausaha" course bagi mahasiswa n mahasiswi tahun 1 yang aku ambil kat sini iaitu Sunnah dgn Pengurusan Maklumat dibawah Fakulti Pengajian Quran Dan Sunnah. Alhamduillah in every single things. InsyaAllah ada hikmah terbesar yang Allah nak anugerahkan. Aaminn.

So, that's all. Malam ni ada discussion Projek Koko lgi. Boleh dikatakan setiap malam ada discussion. Mata pun da macam panda gemok da. hukhuk. Semoga Allah permudahkan segalanya. InsyaAllah. 

*Disamping sibuk dengan tugasan DUNIA, jangan dilupa juga tugasan di AKHIRAT. Pesanan untuk diri aku juga yang selalu lalai dan alpa. Satu ayat yang sering aku pegang iaitu " Jika kita memudahkan urusan kita dengan Allah, Allah akan memudahkan urusan kita". InsyaAllah. Ada lagi 40minit nak masuk waktu solat maghrib, mohon diri dulu. Apa yang bermanfaat datangnya daripada Allah, dan yang kurang itu datang daripada diri aku sendiri. 

Mohon maaf.
Semoga Allah melindungi dan menjaga kita semua. Aaminn ya rabbal alamin. Ma'assalamah.

No comments:

Post a Comment